Saturday, July 07, 2012

abahku kawen lagi

29 june- adalah hari bahagia utk abah..aku dapat mak tiri..oh no...huhu
untuk kebahgiaan abah kami doakn semoga abah berbahagia di samping isteri barunye..kami doakn yg baik2, utk keluarga kami juga..

bertambahla ahli keluarga saya yg pstinye meriah nanti..bertambahnya abang2 shaye, kakak n adik2..heehe, even masih belom mengenali sepenuhnya...

sekurangnya adalah peneman abah, takla kami risau soal makan minumnye de yg jage..aplg nnt bile adik2 kawen pastinye abah sunyi..skurangnya di sana ada yg jaga..
untuk abah....
" SELAMAT PENGANTIN BARU"
semoga berbahagia ke akhir hayat..harap mak dapat mnjage abah sebaiknye


walaupn kami ada mak tiri namun kami tidak pernah melupakan mak shaye..kami smua sgt2 merindui mak..iloveusomuch

Admit

assalammualaikum...

sekian lame sy xmengupdate blog ni..lamekn kn kn..(bak kate farish) hee..terlalu byk yg terjadi dalam bberapa bulan ni..dengan kesihatan yg xmengizinkan..2x saya admit srikota specialist kerana jangkitan kuman paru2..
mulanya mmg tak expect pon kerana selama sbln lebih saya cuma berdiam kerana demam n selsema batuk yg xkebah2.. dalam fikiran mgkn normal sbb sy mmg lmbt baik bl terkena penyakit itu..hehe

dalam berdiam, upanya dtg 1 permasalahan yg mana sy biarkan terlalu lama sehinggakan saya ini susah utk bernafas n batuk xhenti..dan xbole cncentrate utk bermain netball sgt menghampakan..sampaikn satu masa sy lgsg xmmpu utk bertahan n datangnya sakit apabila batuk n akhirnye sy kene g juge klinik (sgt xsuke) n finally sy kene refer specialist cos doc xpect hempedu @ batu..

8 jul ak admit srikota, wad 108b doc suspect aku TIBI.. mmg ak terkejut sbb pnyakit tu jrg2 de d malaysia..berdebar ak menunggu keputusan. selepas hari kedua br ak ketahui yg ak cm jangkitan kuman di paru2, alhamdulillah..syukur, andai ak disahkan tibi seluruh keluarga harus mmbuat checkup..4 ari ak di wad dan bercuti slame smgu..

baru 3 ari msk kje, 21hb ak admit lg srikota..wad 521a masih berbaki sakitku ini..tuhan je yg tahu rasenye..setengah mati aku ini smpikn ak nk berbaring bernafas pon xle..smpi doc pon pelik n ak kene tahan g sampi aku betul2 smbuh..kali ni ak msk 3 ari je sbb ak minta kuar abahku mao kahwin lagi..xkn ak mao dduk di wad  kn kn..



buat kalian, jgn abaikn kesihatan walaupun bg kalian ianya biasa tp siapa tahu..jgn biarkan anak2 dgn cuaca di luar yg x menentu..lgi2 keadaan jerebu..jaga diri, jaga badan, jaga kesihatan :)

salam takziah buat seluruh keluarga osman kering yg telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman paru2..ianya sama, mgkn hari ini hari dya siapa tahu satu hari adalah hari saya...
maafkan shaya...

Monday, May 28, 2012

kembalinya dia di sisi ILAHI

assalammualaikum...

lame sgt shaye xupdate blog ni..kali ni rse terpanggil utk shaye mengupdate kisah ini..ingt x dlu irma penah ceritakan tentang kisah norma dan talib..?yg sgt mencuri hati ramai pembaca yg sgt mengikuti & mengetahui kisah ini..dan, di kala menjangkau setahun 2 bln, 23 may 2011 jam 1 pagi..norma telah kembali ke rahmatullah..salam takziah buat seluruh keluarga arwah, smoga rohnya di cucuri rahmat dan dtempatkan bersama org2 yg beriman.amin.

mari kita mengikuti kisah ini..yg irma share kan dari moon blog..marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah..

Bismillahirohmanirrohim............

Norma mula merosot kandungan oksigen dlm badan nya mulai hr Isnin . Mmg masa pegi lawat dia pagi Isnin tew nampak Norma tenang je walaupun kadang kala dada dia turun naik di kala dia menarik nafas . Setiap nafas nya terasa berat . Oksigen nya mula stabil slowly dan mula maintain pada level 80-90%

Tghari nya semua adik beradik Norma dtg duduk bersama sama menemani Norma . Misti Norma rasa seronok sebab semua org yg dia sayangi ada di sisi nya .

Kami sembang lama ngan Talib ..Mama pun pesan kat Talib ...Lib malam nih 1 Rejab . Lib phon la pada Allah ..moga doa kita semua di dengar Allah .

Kami pulang umah jap jap tanya Talib ...Lib cam na Norma ...ok ke dia . Alhamdulillah semer ok .

Selasa malam Mak n Kak Yan teman kan Norma . Talib pulang jap and dia dtg nak tumpang tido kat umah . Dia sampai umah kita org at 10 00 pm . Sutan bawak dia gie makan .

Abg Lib doa kat Allah ...Ya Allah kalau di takdirkan Norma tew sembuh maka sembuhkan la dia ...kalau tidak maka amik la dia selembut lembut nya 

Lib pun dah pikir bang ...lib reda Norma pergi . Apa apa berlaku lepas nih Lib akan mulakan hidub baru . Lib akan jaga anak Lib baik baik . Lib kena terima semua ni . Lib betul2 tak sanggup tgk Norma mcm tew . Lib redha .

30 min lepas tew Mak tepon Talib .

Lib Norma nih Mak nampak lain macm je Lib ...Lib dtg la cepat . 

Terus Talib cepat2 drive ke hosp Serdang . Kami kat umah nih jap2 call ...Lib cam na Norma . Dia kata ok Norma nampak stabil ....so kami pun lega .

Kol 1 . 30 am tepon bunyi ....moon tgk Mama call

Munirah , Talib ada call Munirah ngan Mahmood tak ? Munirah Norma dah tak der ( dengar sora mama nangis ) ...Norma dah pergiiiii . Mama tgh siap siap nih ....lepas pack Mama cepat2 bertolak ke Pontian tau ..

Moon terus cepat2 bgn n bgtau Sutan n Sutan terus call Talib . Talib tak ckp langsug dia cuma mengiyakan aje . Moon n Sutan cepat2 amik bag amik baju budak2 . Amik je apa yg sempat sebab tahu nanti misti terus nak ke johor . Kami sampai kol 2 30 am kat Hosp . Bebudak tido dlm kereta ....Moon suh sutan naik dulu tgk ...Masa tgu dalam kereta tew punya la tak senang duduk . Selang 30 min tew sutan turun n Moon plak naik .


Moon nampak bahagian katil Norma di tutup ngan langsir ...nampak Mak ,  Talib n Kak Yan duk baca Yassin . Kawan Talib pun ada sama . Moon nampak Norma dah di tutup . Talib bukak selimut tew n Moon tgk Norma dah pun di bersih kan . Semer wayar2 n tube2 dah di cabut ....wajah Norma bersih n putih je tak nampak pun cam dia sakit ..hidung nya pun dah di sumbat kapas ...badan pun nya dah di baluti kain putih . Moon usap dahi nya n terus cium Norma . Masa tew wajahnya masih panas ...mmg rasa nak nangis tp di tahan . Terus bacakan Yassin ...Moon tgk Talib sangat tenang . Dia bacakan Yassin utk isteri nya ..Lib ...sesungguhnya Lib mmg tabah . Mungkin ini la yg Norma nantikan n harapkan dr Lib  .

Kak Lib sedih sangat tapi Lib syukur Norma pergi dengan aman . Lib sedih tapi Lib tak tau asal Lib tak ley nangis 

Moon turun plak kat parking sebab Sutan duk tunggu Isk n Yaya . Sutan plak naik n teman kan Talib .  Norma terus di bawa ke tempat mandi utk di mandikan . Kol 5 am semer dah siap . Sutan turun n amik kereta pergi ke bahagia belakang hosp di mana van jenazah dah tunggu . Norma telah selamat di mandi kan di kafan n di sembahyang kan .

Van jenazah terus gerak ke Pontian and kami follow dr belakang . Talib singgah umah amik baju2 dia sebab dia mmg sehelai sepinggang . Dia masuk umah dia cam blur ...dia masuk umah dia cam tak tau nak wat apa . Sutan suh dia gie basuh badan cepat2 amik wuduk n pack baju cepat2 . Moon tlg amik kain baju kak Yan .Lepas subuh kami gerak ke Pontian .


jenazah allahyarhamah tiba dengan selamat . Lepas tew kami plak sampai dlm kol 10 lebey . Masa tew rumah Norma dah penuh ngan sanak saudara n sahabat handai  . Nampak Talib duk di sisi Norma ...dia sampai dulu 

Mama n Rafiq lom sampai ...jap jap call Mama , Mama ada mana dah tew . Mama sampai kol 12 30 ....terus naik cepat Mama bawak Rafiq cium Mama ...



Rafiq ....cium Mama Norma ....Rafiq meh cium meh ...

Rafiq cam tahu je Mama dia dah tak da . Masa nih 1 umah sebak bila tgk Rafiq di sisi jasad Mama nya . Rasa nya nih la saat paling memilukan bila nampak Rafiq ...anak kecik yg tau apa apa pun . Tahu ke dia itu la kalli terakhir dia akan nampak Mama nya . 

sob sob

Jenazah allahyarhamah selamat di kebumikan selepas Zohor . Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar . Saat nampak wajahnya di dalam keranda ....wajahnya tenang . Bersemadi la dengan tenang adik ku . Moon ngan Umi duk perati Talib ....rasa sangat simpati kat dia . Jap jap umi lap mata ....Moon tahu Umi amat sedey . Tapi itu lah ...mati itu pasti cuma kita tak tahu bila . 

Lib kuat kan semangat Lib ...yer mmg luka di hati Lib besar but it will heal Dik , bukan mudah utk kita lupakan pasangan kita ...insan yg kita amat sayangi yg kita belai setiap hari  ...Lib kena kuat utk Rafiq . Norma mahukan Lib jaga amanatnya baik baik .

Lib dah lakukan tanggungjawab Lib pada isteri Lib dgn sebaik mungkin . Dr hari Lib nikahi nya hinggalah akhir hayat nya Lib ada di sisi nya . Pasti Norma tahu yg Lib sayang sangat kat dia sebab dia pun amat mencintai Lib ...tapi Allah lebih sayangkan dia dan sama sama la kita doakan kesejahteraan nya di sana .

Kehilangan Norma amat di rasai n hati ini mulai rindu padanya . Kalau Moon nih hanya biras dh mula rasa rindu apa tah lagi suami nya ...mak nya ...adik abg n kakak nya misti dia org lagi rindu ...

Teringat kata kata Talib

Lib doa kat Allah jadikan la aku org yg beriman ....supaya aku dapat berjumpa dengan isteri ku nanti di syurga
Akak simpan la gamba2 tew semua nanti Lib boleh tunjuk kat Rafiq ..biar dia kenal Mama dia


Al- Fatihah


Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kekotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke syurga, peliharalah dia dari siksa kubur dan neraka.” (Muslim 2/663)

Wednesday, May 02, 2012

Fadhilat Wanita Mengandung


Fadhilat Wanita Mengandung
====================
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Wednesday, April 11, 2012

kecuaian!!

hi dear...

lame sgt xberceloteh ni bersawang suda..ape yg nk aku ctekn di sini bknla utk mengadakan cite tp berasa tidak puas ati..

1st of all, salam takziah buat keluarga mak usu yg telah kehilangan seorg putera pd 2 april lalu. sebenarnya inilah yg aku ingin kongsikan dengan kalian.

rasenye da terlalu byk kes di hospital klang (hospital tengku ampuan rahimah). walaupun dulu ak bersalin di situ dgn sebaiknye, alhamdulillah..tp dengan apa yg terjadi sedikit sebanyak mnmbulkn rasa yg tidak puas hati dengan kes yg smakin bertambah dan siapa yg harus dipertanggungjawabkan..

mlm2 aku br balik kje, aku dgr mak usu da sakit2. pak usu hantar mak usu ke hospital. harap2 yg baiklah.tp pkl 12 mlm kami di khabarkan baby meninggal kerana lemas..pelik??dr pg checkup ok je xkanla??

bile balik uma mak diceritakan ade ke ptt mak usu da nk meneran trase bby nk kuar nurse soh mengiring dan kepit!! bole ke cm2?ni bkn ank 1st ke-5 kot..bkn xtao tp nurse xbg teran..sudahnya apa yg jadi?? since deliver baby da lemas & meninggal dunia tp uols xgtau pon ayahnya yg dok menunggu di luar..ptt ke??sampaikn die terpakse bertanya wife da bersalin @ x?dgn mudahnya kamo cm mengatakan yg doktor nk jmpe??

doktor pon xtau ape masalah knp bby meninggal..?suke2 je korg wt kje ni..ingt ape?gembira si ibu dgn berita kehamilan, penat si ibu mengandung membawa si ank ke hulu ke hilir 9 bln chat sepanjang kehamilan dan berakhir dgn kecuaian kalian? xrase berdosakah? da terang2 lg bersuluh dr mengiring tu mnyebabkan bby lemas..sabar jela..redha, tp kecewa dgn sikap mereka..siapa yg harus bertanggungjawab??

dgn apa yg terjadi berasa takut utk berurusan dgn HTAR, bkn kes ni je termasuk kes arwah mak dulu..jd fobia sgt2..mgkn sudah ketentuan..redha lah..

baby chomel sgt2,hidung mancung..di namakan mohd firdaus (Ahli syurga). kasian mak usu begitu mengharap mudah2n mak usu sekeluarga bersabar dgn dugaan ini..semoga firdaus tenang di sana..allah lebih menyayangimu sayang..

Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah




1st time dgr je lagu ni da jtuh cinta..suka sgt2..korg cmne?

Tuesday, March 20, 2012

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya



Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Usah Dikenang Cinta Yang Lalu


Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.


Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

Diam Itu Lebih Mulia



DIAM?? ada rahsia di sebalik nya

LEBIH BAIK MULIA dan LOW PROFILE

Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Kata-kata hikmah berpesan :
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”

Hikmah DIAM ini merupakan
•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI )

Akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. Bicara yang baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.

Opick ~ Rapuh

Cantik Adalah Ujian, Bersyukur Seadanya



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Berbalik kepada tajuk. Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”

Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui


Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.


Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.