Sunday, February 12, 2012

A tribute to my beloved sister; Noria Idris


assalammualaikum..terbaca kisah ini melalui blog my bff, angah hati saya begitu sedih sekali mengenangkan seorang anak yg lahir tanpa ibu di sisi..ketentuan TUHAN, NORIA IDRIS telah kembali ke rahmatullah pada 25 DIS 2011 ketika melahirkan zuriat yg pastinya di tunggu buat sepasang suami isteri ini, noria di sahkan meninggal dunia kerana komplikasi pendarahan yg sgt teruk sbb rahim gagal mengecut.. NORIA IDRIS merupakan adik kepada Amin Idris, pengacara AL-HIJRAH, tv9


Sewaktu pengebumian arwah..

Detik paling sukar dalam hidup ialah di saat dan ketika mengebumikan adik yang sangat saya sayangi ke liang lahad pada tanggal 25 Dis 2011 yang lalu. -Amin Idris-


Ini adalah anak arwah... Comelkan.. Ketika ini Baby berusia 3 minggu..
Nama bayi diberi, Rayyan Ikhwan. Dilahirkan pada 23 dis 2011. Insyallah Noya, baby Rayyan akan kami kasihi, dan akan kami ceritakan kepadanya betapa besarnya pengorbanan ibunya untuk melahirkan dia ke dunia ini. Semoga dia menjadi anak yang soleh dan akan mendoakan ibunya. pergimu sebagai seorang syuhada. Semoga kau tenang disana teman, dan bergembiralah bertemu Penciptamu.

al-Hamdulillah... Hari ini saya dapat berita gembira. Rayyan Ikhwan sudah semakin pulih. Ruam di badan akibat virus semakin surut. Khamis ini Rayyan akan 'discharge' dari hospital untuk pulang ke pangkuan keluarga. Buat Allahyarhamah dinda Noria Idris, abang janji akan sama-sama jaga Rayyan sampai ke hujung nyawa abang... -Amin Idris-

Buat Rayyan Ikhwan b. Muhammad Akram... Walaupun di kejauhan sekarang, oyong (ayah long) doakan Rayyan tabah dan kuat menghadapai cabaran hidup. Jangan lupa, mummy sentiasa bersama Rayyan. Daddy Muhammad Akram Ab Aziz sentiasa di sisi, tokma tidak pernah penat bersama... Ya Allah selamatkanlah anak saudaraku yang masih kecil ini... -Amin Idris-


Rayyan Ikhwan di samping ibunya... Bibir Rayyan ikut bibir Allahyarhamah ibunya. Syukur Rayyan makin baik perlahan-lahan. Anak kecil ini begitu tabah berjuang untuk hidup diiring doa sahabat-sahabat -Amin Idris-


Inilah wajah arwah ibu Rayyan... Sungguh indah ciptaan Allah ini... Mari kita sedekahkan Al-fatihah
pada arwah.. Semoga Allah tempatkan beliau di golongan orang-orang yang diredhaiNya.. Semoga
arwah syahid kerana meninggal sewaktu bersalin.. Amin.. InsyaAllah



Sayu... Keinsafan... Sebak... Yang masih hidup, perjuangan mesti diteruskan. Yang pergi, kesejahteraan kita doakan. I miss you so much my sis... Al-Fatihah.

I believe one day we will meet again. I cant wait to see you and give you a hug once we meet again. Only Allah know how much I miss you. Love you sis. -Amin Idris


Muhammad Akram Ab Aziz : "Allah lebih menyayangimu sayangku..sesungguhnya abg redha dgn pemergianmu ini..abg sgt yakin, sayangg adalah insan yg sgt dikasihiNya, dijemput mngadap Allahu rabbi dgn keistimewaan & semerbak wangian syurga yg sedia melambai-lambai buat syg..semoga syg aman sejahtera disana....sayangku Noria binti Idris..damaikan syg disana..abg mencintai sepanjang hayat abg..love you sayangku.." (01.09.1982 - 25.12.2011)

No comments: