Sunday, February 19, 2012

doaku......



YA ALLAH..
andai suamiku ini adalah pilihan-MU di Arash
Berilah aku kekuatan untuk terus bersamanya
Andai suamiku inilah yang akan membimbingku di tiian-MU
Kurniakanlah aku sifat kasih sayang dan redha atas segala perbuatannya
Andai suamiku ini adalah bidadara untukku di syurga-MU
Limpahkanlah aku dengan sifat tawaduk akan segala perintah-MU
Andai suamiku ini adalah yang terbaik untukku, peliharalah tingkah lakuku daripada menyakiti perasaannya...

tapi YA ALLAH
Andai suamiku ini ditakdirkan bukan untukku seorang
Kau tunjukkanlahku jalan terbaik
Untuk ku harungi segala dugaan-MU
Andai suamiku tergoda dengan keindahan dunia-MU
Limpahilah padaku kesabaran untuk terus membimbingnya
Andai suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah kekuatan untukku untukku perbetulkan keadaannya
Andai suamiku mencintai kesesatan 
KAU pandulah aku untuk menariknya dari terus terlena
Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin


Sunday, February 12, 2012

A tribute to my beloved sister; Noria Idris


assalammualaikum..terbaca kisah ini melalui blog my bff, angah hati saya begitu sedih sekali mengenangkan seorang anak yg lahir tanpa ibu di sisi..ketentuan TUHAN, NORIA IDRIS telah kembali ke rahmatullah pada 25 DIS 2011 ketika melahirkan zuriat yg pastinya di tunggu buat sepasang suami isteri ini, noria di sahkan meninggal dunia kerana komplikasi pendarahan yg sgt teruk sbb rahim gagal mengecut.. NORIA IDRIS merupakan adik kepada Amin Idris, pengacara AL-HIJRAH, tv9


Sewaktu pengebumian arwah..

Detik paling sukar dalam hidup ialah di saat dan ketika mengebumikan adik yang sangat saya sayangi ke liang lahad pada tanggal 25 Dis 2011 yang lalu. -Amin Idris-


Ini adalah anak arwah... Comelkan.. Ketika ini Baby berusia 3 minggu..
Nama bayi diberi, Rayyan Ikhwan. Dilahirkan pada 23 dis 2011. Insyallah Noya, baby Rayyan akan kami kasihi, dan akan kami ceritakan kepadanya betapa besarnya pengorbanan ibunya untuk melahirkan dia ke dunia ini. Semoga dia menjadi anak yang soleh dan akan mendoakan ibunya. pergimu sebagai seorang syuhada. Semoga kau tenang disana teman, dan bergembiralah bertemu Penciptamu.

al-Hamdulillah... Hari ini saya dapat berita gembira. Rayyan Ikhwan sudah semakin pulih. Ruam di badan akibat virus semakin surut. Khamis ini Rayyan akan 'discharge' dari hospital untuk pulang ke pangkuan keluarga. Buat Allahyarhamah dinda Noria Idris, abang janji akan sama-sama jaga Rayyan sampai ke hujung nyawa abang... -Amin Idris-

Buat Rayyan Ikhwan b. Muhammad Akram... Walaupun di kejauhan sekarang, oyong (ayah long) doakan Rayyan tabah dan kuat menghadapai cabaran hidup. Jangan lupa, mummy sentiasa bersama Rayyan. Daddy Muhammad Akram Ab Aziz sentiasa di sisi, tokma tidak pernah penat bersama... Ya Allah selamatkanlah anak saudaraku yang masih kecil ini... -Amin Idris-


Rayyan Ikhwan di samping ibunya... Bibir Rayyan ikut bibir Allahyarhamah ibunya. Syukur Rayyan makin baik perlahan-lahan. Anak kecil ini begitu tabah berjuang untuk hidup diiring doa sahabat-sahabat -Amin Idris-


Inilah wajah arwah ibu Rayyan... Sungguh indah ciptaan Allah ini... Mari kita sedekahkan Al-fatihah
pada arwah.. Semoga Allah tempatkan beliau di golongan orang-orang yang diredhaiNya.. Semoga
arwah syahid kerana meninggal sewaktu bersalin.. Amin.. InsyaAllah



Sayu... Keinsafan... Sebak... Yang masih hidup, perjuangan mesti diteruskan. Yang pergi, kesejahteraan kita doakan. I miss you so much my sis... Al-Fatihah.

I believe one day we will meet again. I cant wait to see you and give you a hug once we meet again. Only Allah know how much I miss you. Love you sis. -Amin Idris


Muhammad Akram Ab Aziz : "Allah lebih menyayangimu sayangku..sesungguhnya abg redha dgn pemergianmu ini..abg sgt yakin, sayangg adalah insan yg sgt dikasihiNya, dijemput mngadap Allahu rabbi dgn keistimewaan & semerbak wangian syurga yg sedia melambai-lambai buat syg..semoga syg aman sejahtera disana....sayangku Noria binti Idris..damaikan syg disana..abg mencintai sepanjang hayat abg..love you sayangku.." (01.09.1982 - 25.12.2011)

DOA UNTUK IBU



dedicated this song to my lovely, mom..
(smoga rohnya tenang di sana, always love n miss u)
AL-FATIHAH
kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan
oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan
oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku



Hepi Ending!!!



DA TGK HEPI ENDING???

gemersik kalbu telah pun melabuhkan tirainya..mmg sweet sgt ending die..korg da bace novel ni tak?
kalau blm pastikan uols dapatkn di pasaran..mmg laris pd keluaran skng seperti goreng pisang panas..xcaye?p terjah popular tu..heee

gandingan ayu raudah n aqasha mmg menepati n sgt ssuai..terbaikla beb..klo kuar CD ni mmg xmelepaskan..haha..gler betul..(obses aqasha okeyh) lalala..

ssiapa pon, apepun yg korg obses..hak kalian :D
utk kamooo...

OBSESIKU
Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu

Tuesday, February 07, 2012

dugaan

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.


"innalillahiwainnailaihirojiun"
sesungguhnya darinya kita datang dan kepadanya juga kita kembali..

takziah buat kakak shaye ismizah, atas pemergian suami tercinta, abg yan..pada 1/2/2012 kerana serangan jantung..sangat mengejutkan, dan itulah ketentuan ilahi..diri ini pastinya masih belum reda akn kesedihan kehilangan mak tahun lalu, tahun ini di duga sekali lagi kehilangan abg ipar..semoga kakak lebih sabar dan tabah mengharungi dugaan tuhan..kuatkan semangatmu demi anak2..sungguh berat dugaan mu ya allah..
dan, buat keluarga angkat saya, ibu dan ayah dan seluruhnya adik2, takziah ats pemergian along pada 19/1..buat kak wan, kuatkan dan cekalkan hatimu..sabar akan dugaan tuhan ini, demi anak yg bakal di lahirkan nanti.itulah harta yg xternilai dari suamimu di sepanjang hayatnya..dan pasti, along pasti bahagia di sana akan kelahirannya nanti..
moga dikuatkan hati..kerana setiap yg berlaku adalah ketentuan ilahi..kita juga pasti akan melaluinya..wallahualam..


Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Sakaratulmaut


| Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Sakaratulmaut |

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..