Sunday, August 28, 2011

Sesuatu yang Berbeza




Ada sesuatu yang berbeza
Saat ku lihat senyum manismu
Ada sesuatu yang tak bisaku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan  terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkanku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta in

asfan-terhenti di sini




Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

salam lebaran..

assalammualaikum wbt..

di kesempatan ini, irma ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf pada semua kawan2 andainya ada terkasar bahasa, terguris hati di sepanjang perkenalan ini andainya ada membuat kesilapan samada irma sedari mahupun sebaliknya..samada kita saling mengenali @ mengetahui..apapun yg irma mohon maaf pada semua..selamat hari raya, maaf zahir & batin..

pada yg plg ke kampung, hati2 di jalan raya, jadilah pemandu berhemah..smoga slmt pergi dan pulang...

p/s:nk tuju lgu bulehhh?hihi...

dr saya,


maafkan,
segalanya yg baik dtgnya dr ALLAH, yg buruk itu datangnya dr diri sy sendiri..




Khairil Johari Johar : Sepasang Kurung Biru (HQ Audio)

Anuar Zain - Bersabarlah Sayang



aku harus bersabar.....

Wednesday, August 24, 2011

blues untuk aku



"Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran."
"Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti."

1:4

my lovely son, muhammad farish hakimi hampir mnjangkau setahun 4 bulan..alhamdulillah, farish da pndai jln..gigi baru 4 batang tp suke gigit orang...melayani kerenah farish, ckp membahagiakan..betul kata orang bila ada anak sendiri penat pon jadi xpenat..

di usia farish skng, mama tgk farish..

*suke main air, pntang jumpe mesti lame  (cam mama die la =))
*suke cium org (tandenye sayang)
*ape org wat sume die cube ikot..(so jgn ajar yg bkn2)
*xsuke org pegang..nk jalan sendiri..
*susah nk tto malam (bl mama pnt sll papa la tlg jage, hehe almklum mama da lbh berjage mase pregnnt dlu..)
*farish xsuke nasi, suke mam buah n spagethi (cam mama juge..)
*suke berjalan, bl die tto kite soh bgn nk berjalan cepat je die bgn..(ikut spe la ni)
*pantang org mik gambar die saje...(bkn slh mama mse mengandung dlu mama yg ikut farish kn.., ske bergambar, hehe) setiap gmbr tu kn kenangan..
*suke sangat nek moto..(yg2 ikut kami berdua la, sll merempit..)
*asal dengar lagu menari saje..
*da pandai cakap mama, papa, abg, kakak, babap..ps2 ngomel ntah pe mama papa xfhm..
*suke bola, dan dr bola la farish berdiri...gud boy, jd cm safee sali ye dik..

tgk2, gigi die 2 atas 2 bawah..ikot makcik die larh..

selalu ngan bola...

op op....
jgnla angkt kaki dlu yunk oiii..sabar ye..hehe

tp papa sll jeles ape2 sume ikut mama, yg ikut papa xde?of course la de, xksah la apepon yg penting farish anak mama & papa...iluv u sayang..mmmmuahh..farish buchuk..






BEAST_FICTION


jom layan fiction...the best...

siapa kita untuk menduga

assalammualaikum..
hye semua..hari ni da msuk hari ke 24 berpuasa..lg 6 hari je kite nk beraye, da ckp persiapan semua?apepun xbeli g, xde mud utk beraye thn ni..alhamdulillah, masih penuh berpuasa..jika di izin tuhan harap penuh lagi tahun ni, bole la ckpkn 3 thn berpuasa penuh ye..

22hb lps saya dikejutkan dengan satu berita bahawa ayah bff saya, k liza telah pulang ke rahmatullah 1ptg..siapa menduga...darinya kita datang dan kepadanya kita kembali..takziah buat seluruh keluarga kak liza..mudah2n kalian sabar dan tabah mengharungi dugaan tuhan ini..innalilliah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman..

senasib kami ni, awl tahun saya kehilangan mak, sbln slps itu ayah kak hajar pula kembali ke rahmatullah..dan hr ni, ayah kak liza pula..sgt memahami, ape yg di rasaidi mana terlalu byk dugaan kami bersama tahun ni, harap ape yg berlaku tidak mematahkan semangat dan persahabatan ini..walaupun kita jauh namun kalian tetap di hati..

bila lapar menguasai diri..

9 Aug 2011- office de wt majlis berbuke puasa di premier hotel..tau x ktne?hotel ni baru lagi around nk masuk setahun macam tu, area bukit tinggi la..klau korg org klang sure tau na..actually ni 1st time la msk hotel ni..cantik..

da name pon mjlis berbuke puasa, sure ramai punye..tgk banner rm80/person..wahhh, mkn smpe kenyang..hihi..le masuk ke yut ni mam bebanyak, t sakit yut..hehe..disebabkan ramai sgt org jd agak sesak la kn..kenela ulang lik mik mam byk kali, malu den, adus..hehe..

makanan punye la banyak smpe xtau mne nk pilih..pilih py pilih, sangat suke dim sum..sedapnye..nk mik lg malu..hehe, jd ni la serba sdikit pict kami kt sane..bkn mkn sorg, share tau..


yg ni plak click baru aku..
finance dept..

haaaa...nk intro gk
ni tempat baru aku..ofis aku ni sume ijau, even xmnt ak lyn jela...sjuk mate..
yg bestnye de radio, jd lagu sntiasa menemani :-)


inilah hotel aku habaq tu..premier hotel..
korg pon le try gaks...hehe, daaa..

Pompa Bensin ~ Jangan Lupa Namaku





Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


Thursday, August 18, 2011

suke lagu ni..

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja



Friday, August 12, 2011





assalammualaikum wbt..


ade yg bertanyakan adakah saya sedang berbadan dua?krn seringkali bercerita soal tip & petua pemakanan semasa dalam proses kehamilan..kenape?adakah benar?


benar, saya mengandung..insyaallah, bila tuhan memberikan rezeki..saya tidak menolaknya..amin


hari ni, tibe2 en hubby bertanyakan adakah saya menangis semasa ingin melahirkan..?kerana die melihat seorg pesakit d wad yg asyik menangis & mengadu sakit sehinggakan nurse terpakse memintanya supaya berdoa..


naluri seorang ibu,
ya, pastinya akan menangis kerana hati perempuan memikirkan betapa besarnya anugerah yg tuhan berikan bhw kite berpeluang merasai kesakitan & nikmat dalam melahirkan zuriat yg dikandung selama 9 bulan..dahulunya, sekadar melihat bagaimana ibu2 mengandung membawa perut selama menanti kelahiran anugerah yg xternilai..tp kini merasai mengenal erti kesabaran seorg wanita bertarung nyawa utk melahirkan zuriat yg di ingini...sungguh, apabila kalian merasai nnt, pasti kalian akan terfikirkannya..


ingin melahirkan lagi, dengan izin tuhan..memohon agar tuhan memperkenankan doaku dalam mengimpikan sepasang anak kembar..ingin merasai pengorbanan ibu yg telah melahirkan adik kembar..susah payah, penat lelah..tidak terbalas..mudah2n tuhan perkenankan doaku..mudah2n, amin..



Thursday, August 11, 2011

TAK SALAH CEMBURU TP BIARLAH BERTEMPAT..


Cemburu..
Itulah sifat yang terlalu akrab dengan seorang wanita. Sebab itu, hati para wanita ini perlu dibelai, dikasihi, dijaga sebaik-baiknya agar tidak terluka. Wanita, apabila hati sudah terluka sudah pasti lambat sembuhnya. Jika tidak kena pada caranya, hati wanita ini boleh bernanah dengan begitu teruk. Disinilah suami perlu bijak memainkan peranan. Memujuk tanpa jemu, ikutilah sunnah-sunnah nabi. Bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya menggembirakan hati isteri-isteri baginda sebelum ini.
Lelaki juga apa kurangnya walaupun jarang-jarang cemburu tetapi apabila sesekali cemburu begitu hebat penangannya. Tetapi sangat sedikit lelaki yang mengaku bahawa dia sedang cemburu. Mungkin ego itu yang menghalang mereka daripada berterus terang. Mungkin kah?
Suami isteri selalunya bersengketa hanya kerana cemburu. Cemburu kadang-kadang boleh mendatangkan bahagia, tapi ianya lebih banyak cenderung kepada pergaduhan. Cemburu yang mendatangkan pergaduhan ini selalunya merupakan cemburu buta, jika tidak pun kemungkinan besar ada orang yang ketiga yang wujud dan sengaja menimbulkan pergaduhan antara suami isteri ini agar masing-masing bergaduh antara satu sama lain dan kemudian bercerai berai. Nauzubillah!
Apa yang ingin dikongsikan tentang sifat ini ialah mengenai pasangan yang terlalu memikirkan tentang perhubungan. ikuti luahan sebenar hati seorang insan bernama wanita:
Aku bahagia bertemu dengan si dia. Ilmunya, akhlaknya sangat aku kagumi. Dia seorang yang lemah-lembut terhadap wanita. Perkenalan dengannya yang begitu lama akhirnya telah menyatukan kami sehingga ke ambang perkahwinan. Aku sangat bahagia bersamanya.
Tapi, di saat aku terlalu menyayanginya. Allah menguji keimanan ku. Aku dapat tahu dahulunya dia pernah menyayangi seorang wanita sebelumku, aku cemburu dengan itu sedangkan dahulu, aku tidak pernah menyayangi mana-mana lelaki sebelumnya dan hakikatnya dialah lelaki pertama dan yang terakhir yang pernah aku sayangi.
Kemudian, aku mendapat tahu lagi perkara-perkara yang lalu tentangnya. Aku menjadi semakin gelisah, hatiku resah tidak menentu. Dahulu, suamiku seorang insan biasa. Dia tidak pernah menuntut di sekolah agama. Pendidikan agamanya hanya setakat sekolah agama rakyat yang dihadirinya diwaktu petang ketika zaman sekolah rendah. Menurut suamiku lagi, dia seorang yang amat jahil tentang ilmu Islam. Namun begitu, Alhamdulillah tahun demi tahun berlalu, akhirnya Allah telah berikan suamiku hidayah. Sebelum mengenaliku, dia telah dibukakan mata hatinya untuk berubah mencari yang hakiki. Atas dasar keimanannya itu, aku jatuh cinta padanya. Ketika diberitahu dia meminangku, aku tersenyum syukur. Aku memilihnya kerana nilai agama yang ada dalam dirinya. Masya-Allah!
Ketika aku menerima pinangan dan bernikah dengannya, aku tidak mengetahui langsung sejarah hidupnya. Dihadapanku ketika itu dia adalah seorang lelaki soleh, yang aku cintai dan terima seadanya. Sungguh tenang, seakan bercahaya wajahnya. Tapi, bila saat sejarah-sejarahnya dahulu diketahui olehku, aku menjadi bingung. Terngiang-ngiang ditelingaku pengakuan suamiku kepadaku bahawa suatu masa dahulu dia seorang yang kerap bersosial. Dia pernah berkawan dan bermesra dengan beberapa wanita lain yang berbeza sebelum dia mendapatkan hidayah Allah itu. Aku menjadi terlalu cemburu dan agak marah ketika itu semuanya kerana aku berasa tidak adil kerana aku tidak pernah melakukan apa yang suamiku lakukan sebelum aku bernikah dengannya dahulu. Aku jadi sedih dan perasaanku bercampur baur.  
Kadang-kadang aku menangis merintih pada Ilahi mengapa sifat ini terlalu menikam-nikam jiwa batinku. Aku ingin menjauhi sifat seperti ini. Namun, semakin aku cuba untuk melawan semakin ia kuat mencengkam perasaan. Aku cuba mempositifkan diri dan minda, tetapi masih tidak berjaya. Salahku Ya Allah kerana aku terlalu cemburu?
Tatkala terbayang keadaan suamiku berhubungan dengan wanita lain dan terbayang saat suamiku bermesra dengan kekasih hatinya dan wanita-wanita seperti itu, aku jadi semakin sedih. Apa yang aku inginkan ialah suami yang suci dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, tapi itu mustahil kerana aku telah memilihnya dan aku juga pernah melakukan banyak dosa tanpa disedari.
Hampir setiap saat aku memikirkan perkara ini selepas aku mengetahui kisah silamnya. Kepalaku jadi serabut yang teramat. Tetapi hubunganku dengannya tetap berjalan seperti biasa. Sungguh, aku tidak berani menyuarakan perasaan cemburuku ini padanya. Apabila kulihat mukanya kelihatan risau dan ingin meminta nasihat dan semangat setelah berpenat-lelah berjuang dan berdakwah di luar, aku memberikannya kata-kata semangat, walaupun di hati aku sedih dengan kisah silamnya tetapi aku cuba lupakannya demi cintaku pada seorang suami.. 
Hinggalah pada suatu detik, aku teringat akan kisah srikandi Islam yang mulia iaitu 'Aisyah'. Beliau adalah salah seorang isteri Rasulullah S.A.W yang paling muda dan yang paling kuat sifat cemburunya.
Pernah suatu hari, salah seorang isteri Baginda S.A.W datang berkunjung ke rumah Baginda ketika mana giliran Baginda untuk bersama Aisyah. Isteri Baginda S.A.W ketika itu hanya ingin memberikan sedulang makanan kepada suaminya dan madunya, 'Aisyah. Apabila 'Aisyah ingin menyambut makanan tersebut beliau sengaja menjatuhkan makanan itu. Dan, hal ini segera ditegur oleh Baginda S.A.W. Lalu Baginda S.A.W menasihati isterinya dan meminta agar 'Aisyah meminta maaf kepada madunya itu.
Ada juga kisah mengenai sifat cemburu 'Aisyah di mana Rasulullah S.A.W acapkali menyebut-nyebut tentang Saidatina Khadijah di hadapannya. Sehingga beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengapa Baginda selalu menyebut-nyebut tentang Saidatina Khadijah sedangkan Saidatina Khadijah sudah wafat. Lalu Baginda S.A.W bersabda bahawasanya Saidatina Khadijah ialah seorang wanita Islam yang terlalu banyak berkorban demi agama.
Kini, tersedar ku dari lamunan. Aku sedar, sifat ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Aku perlu kawal perasaan ini, bukan lawan. Kerana sifat ini merupakan fitrah insani. Cuma ianya perlu dikawal dengan sebaiknya.
Walaupun begitu. Aku tahu bahawa suamiku sudah banyak berubah. Semenjak aku mengenali suamiku, dia sudah banyak berubah. Dia menjaga batas-batas pergaulannya dengan wanita ajnabi. Dia menundukkan pandangannya daripada memandang wanita yang bukan mahram. Dia hanya berurusan dengan wanita apabila terdapat urusan penting sahaja. Alhamdulillah. Aku sepatutnya bersyukur ke hadrat Ilahi. Dia sudah berubah dan dia bukanlah dia yang sebelum ini lagi.
Suamiku selalu berpesan agar jangan diingatkan kisah yang lepas kerana kisah itu hanya kisah silam yang menjadi epilog silamnya. Memang benar apa yang suamiku katakan. Aku akan cuba berubah menjadi isteri yang solehah dan tidak memikirkan perkara-perkara lampau itu lagi!
Kini aku berdoa agar dikurniakan sikap yang lebih positif agar hatiku tenang bila bersamanya. Aku ingin sekali kami memupuk sikap saling percaya antara satu sama lain kerana bagiku kepercayaan itu penting dalam perhubungan suami isteri. Kami juga akan sedaya-upaya membina keluarga sakinah di mana keluarga itu yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Pada pandanganku, apabila kita yakin dengan ajaran Islam (amal,ilmu,akhlak,hubungan suami dengan Allah terjaga), secara automatiknya kita akan yakin dengan perhubungan kita secara keseluruhannya. Insya-Allah.
Pesananku buat semua pasangan suami isteri, bercintalah kerana-Nya. Cinta itu suci, dan janganlah mengotori hakikat cinta itu. Hargai pasangan kita. Dan, jagalah hati pasangan kita sebaik-baiknya. Jika telah dikurniakan suami yang soleh dan baik, bersyukurlah pada Allah dan doalah agar dia akan kekal begitu. Usahlah cemburu membabi buta kerana kemungkinan besar cemburu itu akan lebih mengeruhkan keadaan yang sedia ada

HARGA SEBUAH KEINGINAN




Picture
Jika sebelum ini kita bercakap mengenai bagaimana cara mendapatkan anak dengan cepat dan juga cara menentukan jantina anak di dalam kandungan, maka kali ini, kita akan menyentuh pula mengenai peluang untuk memiliki anak kembar. Jika diperhatikan, difikirkan lagi apakah terdapat kaedah yang telah dibuktikan keberkesanannya di dalam meningkatkan peluang untuk memiliki anak kembar?

Terdapat beberapa cara/tips yang boleh anda cuba dalam usaha untuk memiliki anak kembar. Walaubagaimanapun kita hanyalah berusaha, selebihnya adalah tuhan yang menentukan. Mari kita lihat beberapa cara/tips yang mungkin dapat mempengaruhi kelahiran anak kembar :

Sejarah keluarga anda
Biasanya kelahiran anak kembar berkait rapat dengan sejarah keluarga yang mempunyai kelahiran kembar. Oleh itu, peluang anda untuk memiliki anak kembar adalah lebih tinggi.

Tambahkan berat badan anda sebanyak beberapa kilo
Pertambahan berat badan yang ideal juga merupakan satu kemungkinan kepada anda untuk melahirkan kembar. Namun ianya tidak perlu berlebihan kerana dikhuatiri pula mendatangkan mudarat kepada kesihatan anda.

Fokus kepada makanan dan nutrisi
Makanlah makanan yang berdiet tinggi seperti yang terdapat di dalam produk susu. Susu telah dibuktikan dapat meningkatkan konsep kejadian kembar dengan 7 kali lebih tinggi berbanding aras normal.

Tambahkan ubi liar/ yam dalam diet anda
Kajian menunjukkan bahawa cassave, sejenis ubi jalar atau ubi liar merupakan bentuk progesterone iaitu sejenis hormon yang terdapat dalam kitaran haid perempuan. Kulit ubi ini dipercayai mengandungi sejenis bahan kimia yang menyebabkan hyperovulation di mana ianya membantu meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar.

Tunggu sehingga anda berada dalam anda pertengahan hingga akhir 30-an
Kajian menunjukkan bahawa perempuan dalam lingkungan usia ini lebih berkemungkinan untuk mengandungkan anak kembar.

Bilangan Anak Yang Ramai
Tiada sesuatu yang mustahil, tetapi jika anda memang mempunyai bilangan anak yang ramai, maka peluang untuk memiliki anak kembar adalah lebih besar mengikut teori secara matematik.


Cuba Ubat Kesuburan
Meskipun tidak digalakkan kecuali anda menderita masalah kesuburan, ubat kesuburan memang ternyata dapat membantu meningkatkan peluang anda memiliki anak kembar. Ubat kesuburan clomiphene (Clomid) meningkatkan kemungkinan anda sebanyak 8%, manakala menotropins (Pergonal) meningkatkan kemungkinan anda sebanyak 18%. Tetapi ubat kesuburan Fertilitas jika diamalkan selalu akan menimbulkan kesan sampingan. Oleh itu, ianya perlulah diambil mengikut nasihat dan juga pengawasan doktor.


Cuba Penjagaan Kesuburan
Rawatan kesuburan adalah berkaitan mengenai tahap yang lebih tinggi untuk memungkinkan kelahiran kembar. In-vitro merupakan persenyawaan menanam sperma yang melibatkan lebih daripada satu embrio ke dalam rahim anda, yang bermakna peluang anda untuk hamil kembar lebih cerah atau gandaannya lebih tinggi. Seperti ubat kesuburan, rawatan kesuburan tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan atau pengawasan daripada doktor dan kebiasaannya diperuntukkan kepada pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil

PANDUAN PEMAKANAN IBU MENGANDUNG





Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid makanan
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat

Sunday, August 07, 2011

Mitos Dan Fakta Anak Kembar




Rasa senang ketika tahu akan mendapatkan bayi kembar biasanya diiringi mitos-mitos yang pelik.

1. Siapakah adik yang sebenar?
Mitos yang mengatakan, bayi kembar yang lahir (keluar dari rahim) lebih dulu adalah adiknya, bukan abang atau kakak. Alasannya, karena si abang atau kakak lah yang "membantu" adiknya untuk keluar.

Padahal, dunia sains sepakat menyatakan, bayi yang lahir lebih dulu (berdasarkan tanggal dan waktu) adalah abang/kakak, berikutnya barulah si adik.

2. Si baik dan Si jahat
Dalam mitologi lama, si kembar selalu digambarkan sebagai si baik dan si jahat, atau pemimpin (biasanya yang lebih tua) dan pengikut. Katanya, ini terjadi karena salah satu dari mereka jenuh selalu dikait-kaitkan hingga ingin lebih unggul dari kembarannya, serta ingin mendapatkan perhatian lebih dari orang tua dan orang di sekitarnya.

Padahal, tidak pernah ada bukti ilmiah yang menunjukkan kalau keperibadian kembar sebagai bentuk jenis persaingan. Yang biasanya terjadi, anak kembar justru memiliki keperibadian dan bakat yang unik serta selalu ingin saling melengkapi. Misalnya, yang satu pintar di bidang akademik, yang lain lebih hebat di olahraga.

3. Anak kembar tidak boleh satu sekolah karena boleh mengganggu prestasinya
Ada beberapa sekolah yang menerapkan peraturan standard bahwa anak kembar tidak boleh ditempatkan di kelas yang sama. Alasannya, agar anak dapat mengembangkan identiti independen mereka dan tidak tergantung kembarnya. Malah, alasan lainnya lebih pelik, yaitu menjauhkan dari kemungkinan keduanya akan gagal jika berada di kelas atau sekolah yang sama.

Beberapa ahli justru menyarankan anak kembar untuk selalu bersama agar karakter, emosi, dan pertumbuhannya dapat berkembang lebih baik. Jika pemisahan dilakukan, maka hal itu malah dapat merosak pengalaman pendidikan mereka. Dari sisi psikologis, setiap anak kembar biasanya merasa selesa berada berhampiran kembarnya. Ketika salah satu dari mereka menghadapi masalah (pelajaran atau persahabatan), tentunya mereka akan lebih mudah untuk saling mendukung.

Yang jelas, orangtua yang memiliki anak kembar harus mempertimbangkan dan mengevaluasi pemilihan sekolah yang boleh memajukan kemampuan tiap-tiap anak, termasuk dinamik hubungan dan individu gaya belajar anak. Caranya, kenali keperluan dan keperibadian anak kembar Anda, juga hubungan mereka berdua. Selanjutnya, ajak mereka berdiskusi mengenai pilihan sekolahnya. Apakah ingin sekolah di tempat yang sama atau yang berbeza?

4. Jika salah satu anak kembar sakit, saudara kembarnya pasti sakit juga
Inti dari mitos ini adalah anak kembar mempunyai kemampuan telepati. Contoh lainnya adalah jika yang satu tidak boleh menyelesaikan perkataannya, yang lainnya akan mampu membaca pikiran kembarannya dan menyelesaikan perkataannya. Ini terjadi karena anak kembar memiliki "bahasa kod" yang tidak dimengerti orang luar selain mereka sendiri atau idioglossia. Kemampuan ini timbul karena kedekatan emosional mereka sudah dimulai sejak sembilan bulan berada di rahim yang sama, yang begitu lahir dan tumbuh pun mereka selalu bersama.

Akan tetapi, hal yang hampir serupa juga boleh terjadi pada suami-isteri, saudara dekat, teman baik (yang memiliki kesamaan genetik ekstrem).

5. Bayi kembar tidak boleh menerima susu ibu eksklusif, ibu harus memilih salah satu
Menyusui bayi kembar memang penuh cabaran, tetapi bukan tidak mungkin dilakukan. Untuk kembar dua, jika memungkinkan, Anda boleh menyusuinya bersamaan. Namun kalau tidak memungkinkan atau anak kembarnya lebih dari dua, sebelum jam menyusui, peraslah susu badan Anda dengan menggunakan alat pemeras susu badan manual atau elektrik dan menampungnya di botol-botol yang sudah dipersiapkan.

Saat waktu menyusui tiba, Anda tetap boleh menyusui anak-anak bersamaan (yang satu langsung ke payudara Anda, yang lainnya dengan botol), tanpa salah satu di antara mereka menangis terlebih dahulu karena kelaparan. Mintalah bantuan orang-orang di sekitar Anda untuk memudahkan kegiatan ini. Satu lagi, miliki buku untuk mencatat siapa yang mengisap payudara pertama kali dan siapa yang minum terakhir agar tidak lupa atau tertukar.

6. Hanya lelaki (yang terlahir kembar) yang dapat menurunkan gen kembar
Tiap-tiap generasi, sama ada lelaki atau perempuan, dari keluarga tertentu yang memiliki peluang sama dalam melahirkan bayi kembar. Peluang akan semakin besar jika memang ada salah satu dari suami atau isteri yang memiliki gen kembar.

Kemungkinan memiliki anak kembar biasanya juga boleh terjadi karena perempuan mengalami pelepasan sel telur secara berlebihan atau hiperovulasi. Pada akhirnya, hiperovulasi boleh menurun pada anaknya yang berjenis kelamin perempuan.

7. Hanya anak kembar yang boleh memiliki keturunan kembar
Kehamilan kembar memang sangat mungkin terjadi pada pasangan yang memiliki keturunan kembar. Namun, pada era ilmu kedokteran yang sudah semakin maju, sudah tersedia obat pemicu tumbuh-kembang sel telur (biasanya yang memiliki masalah fungsi indung telur/ovarium).

Pada kes ini terjadi pematangan dan pelepasan sel telur lebih dari satu yang kemudian dibuahi lebih dari satu sel sperma juga, hingga kehamilan kembar itu terjadi. Pembuahan dapat terjadi secara alami di dalam saluran telur atau di laboratorium pada kes bayi tabung.

8. Anak kembar yang terpisah dari ibu mempunyai badan yang lebih pendek
Jika tinggi badan anak tidak setinggi ibunya, maka yang lebih logis adalah jika hal itu disebabkan gen bawaan dari orangtuanya, kurangnya asupan nutrisi, dan stres. Meski demikian, anak yang tidak dipisahkan dengan ibunya tentu akan mendapatkan perhatian lebih baik, dari segi fisik atau mental. Dengan demikian, masa tumbuh kembangnya boleh dilalui dengan optimal.