Friday, July 29, 2011

.:RAMADHAN YG MULIA:.

Assalammualaikum wbt sahabat..
xsmpi 3 ari je lg kite akan berpuasa..sudah persiapkah diri anda di bulan yg penuh barakah ini?mudah2n kita ini diberikan kesabaran, ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup yg pasti xputus..semoga kita diberikan keberkatan di bulan yg mulia ini dan terlalu banyak ganjaran yg diturunkan di bulan ini..sama2lah kita berdoa mudah2n kite memperoleh keberkatan dari allah swt..


inilah tahun pertama aku  melalui bulan puasa ini tanpa ibu tercinta, sgt perit untuk aku lalui semua ini tanpa dirinya..bolehkah aku?
ya allah, berilah aku kekuatan dalam mengharungi dugaan mu, mudah2n aku ini tidak terleka & terlalu mengabdikan diri hanya terlalu menyayanginya..persiapkanlah diriku sekadar mengingatinya kerana aku pasti hanya jasadnya tidak bersamaku namun ingatan padanya tulus & suci kekal abadi..tersemat di hati..ya allah, terlalu berat dugaanmu untukku tanggung..menerima qada & qadar tuhan itu kerana setiap ketetapan yg ditentukan olehnya, aku harus redha & pasrah atas segalanya..masyaallah, tabahkanlah hatiku ini..


jauh di sudut hati ini, aku terlalu merinduinya..senyumannya, wajahnya, senda guraunya, suaranya, segalanya milik mak..
"maafkan irma mak, bukan irma ingin membebankan mak, tp irma terlalu rindukan mak..kalaulah mak ada sekarang, mak irma peluk semahunya..."tgu irma mak, hari ahad ni irma akn pergi jumpa mak..xtertanggung rasanya rindu ini..


mudah2n roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman, al-fatihah......
aminyarabbalalamin..


& selamat menyambut ibadah puasa buat semua kaum muslimin & muslimat yg diredhai allah sekalian, yg baik itu datangnya dari allah & yg buruk itu pastinya datang dr diriku sendiri..


maafkan saya atas segala kesilapan, kekasaran & ketelanjuran jika saya ada menyakiti@menyinggung perasaan kalian samada sy sedari sekalipun anda saya kenali mahupun
tidak..ampunkan saya..


ikhlas dari, 
irmayani sekeluarga..

Wednesday, July 27, 2011

Cinta Dalam Hati

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia

sejauh mana kita


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain

Saturday, July 16, 2011

selamat tinggal

salam, hi dear..
lame xupdate blog kan..bz la dear..byk sgt bnde nk kene sttlekn...hmm..


dksempatan ni, nk wish selamat tinggal utk sendayu tinggi..sory n thanx for everything..time kasih pada pn rozita yg selalu memberi sokongan dorongan serta nasihat..time kasih beri saya peluang ini, akan saya ingt sampai bile2..


sedih memang sedih..tp apakan daya..hidup ini masih penuh ranjau berduri, harus ditempuhi..byk yg aku pelajari di sini, segala pengalaman, perkenalan bersama lebih ramai org mmbuatkan aku gmbira..suatu yg indah..sll di ingatan..buat smua crew sendayu tinggi, selamat maju jaya..ak doakan korg semua berjaya dalam mengejar cita2..




meninggalkan staff ku sendirian, harap mereka sabar n tabah menjalani tugasan seharian..time kasih adik2 semua..kerja keras mudah2n dinaikkan pangkat..


jaga branch bebaik ye adik2...
ni lah bilik sy ..tinggal kenangan..



tipula klo xsyg xsedih:)
time kasih pn rozita, time kasih pn yatie, time kasih en zaidi..
time kasih semua...kenangan bersama kalian tidak akan sy lupe.....




tinggal lah my inspiration..




its ok, hidup harus di teruskan..
luvnmissuguys......mmmmuahh
LOTS OF LOVE,
IRMAYANI