Tuesday, March 20, 2012

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya



Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Usah Dikenang Cinta Yang Lalu


Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.


Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

Diam Itu Lebih Mulia



DIAM?? ada rahsia di sebalik nya

LEBIH BAIK MULIA dan LOW PROFILE

Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Kata-kata hikmah berpesan :
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”

Hikmah DIAM ini merupakan
•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI )

Akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. Bicara yang baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.

Opick ~ Rapuh

Cantik Adalah Ujian, Bersyukur Seadanya



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Berbalik kepada tajuk. Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”

Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui


Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.


Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.

Obsesiku Live Acoustic - Aqasha


Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu

Sesal Mendua - Klangit




Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Tuesday, March 06, 2012

SEMOGA FARISH TENANG DI SANA -AL FATIHAH

Sewaktu Faris Nur Daniel dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, adik beradik lain sudah mula merasai kehilangannya.

Baca cebisan daripada ucapan dihantar oleh kakak dan abang arwah Faris ketika dia mula terlantar di hospital pada 1 Februari lalu.


Kini semua harapan itu ternyata hanya tinggal harapan, Allah lebih menyayangi adik bongsu mereka. 


Faris pengidap penyakit HLH, barah darah, mula dilaporkan nazak pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital 23 hari lalu.

Semalam Faris menjalani rawatan kimoterapi kali ke 4, selama kira-kira 2 jam bermula 12 tengahari. Arwah kemudian dilaporkan berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga tidak berdaya membuka matanya. 

Baca perinciannya di entri ini.


Masih terngiang-ngiang di telinga, panggilan ibunya, Zuraine Mohamad, saat saya menziarahi Faris.

"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang"


Ketika itu matanya terbuka bak mampu melihat saya berdiri di sisi katil, lokasi dia ditempatkan sejak 19 hari sebelum itu.

Setabah mana pun jiwa saya, airmata tetap mengalir melihatkan keadaan tubuh kerdil terlantar tidak bermaya itu. Dilaporkan, pada masa sama, paru paru dan hatinya sudah tidak berfungsi secara sempurna. Namun saya percaya, doa ibu dan ayah serta ribuan rakyat negara ini menjadi penyambung nyawa anak kecil itu.

Baca perincian situasi Faris di hari ke 19, klik di sini.


Sehari sebelum menziarahi arwah, saya berpeluang menulis entri pertama berhubung Faris, klik di sini.


Hasil sumbangan dihulurkan oleh pembaca blog ini dan rakan Facebook, bil rawatan arwah berjumlah hampir mencecah RM100,000 telah dilunaskan kepada pihak hospital.


Terima kasih kepada semua. 

Dengan jumlah bayaran sebegitu tinggi saya berharap pihak pengurusan pusat perubatan itu akan membina papan tanda 'North Tower' untuk memudahkan keluarga dan rakan mencari bilik rawatan pesakit secara lebih mudah.


Untuk rekod, kini hanya papan tanda 'South Tower' sahaja kelihatan terpampang di luar hospital swasta terbabit.


Perhatikan, tiada papan tanda 'North Tower' di sini, laluan untuk ke Neonatal Intensive Care Unit, lokasi Faris dirawat sebelum ini.


3 hari lalu, saya ditegur berulang kali oleh jururawat dan pengawal keselamatan di hospital sama kerana merakamkan 2 gambar arwah menggunakan kamera digital dari luar bilik berdinding kaca untuk dimuatkan di blog. 

Berikutan maklumat dikongsi bersama pembaca, keseluruhan kos rawatan arwah dilangsaikan, hasil sumbangan tidak putus putus dihulurkan oleh orang ramai dan insuran keluarga arwah.

Kini dengan menggunakan gambar direkodkan oleh kamera digital sama, saya sarankan kepada  pihak pengurusan Sime Darby Medical Center agar mengambil kira cadangan saya berhubung pembinaan papan tanda 'North Tower' untuk memudahkan keluarga dan kenalan pesakit datang melawat.

Ingin juga saya mencadangkan, jika pelawat tidak dibenarkan sama sekali merekodkan gambar pesakit, sila tampalkan notis berhubung peraturan didakwa wujud itu di lokasi jelas. 

Bukan sekadar notis berikut.


Saya amat yakin, tidak ramai pelawat berselera untuk makan di ruang menunggu berhampiran NICU itu sewaktu menziarahi pesakit berada dalam keadaan kritikal.


Apatah lagi untuk menghisap rokok.


"Pagi tadi, kira-kira jam 10, jumlah oksigen masuk ke dalam tubuh dia sudah terlalu rendah, di antara 8 dan 10 peratus sahaja. Akhirnya tiada langsung, kosong," terang ayah arwah.


Berikut antara gambar saya rakamkan kira-kria 1 jam sebelum jenazah Faris diusung keluar dari bilik rawatan.



Jenazah disembahyangkan di surau dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan.


Faris, 6 tahun, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang, Selangor, kira-kira jam 6.30 petang tadi.